Selamat Kembali ke A'Famosa Golf Resort
A’Famosa Golf Resort akan memulakan operasi bermula Isnin, 1 Jun 2020. Pembukaan ini adalah tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysian Golf Association (MGA) dan melaksanakan Standard Operating Procedures (SOP) yang baru. Tujuan ini adalah mengurangkan penularan wabak Covid-19 dan memastikan keselamatan pemain golf di dalam resort dan permainan. Semua pekerja diwajibkan memakai facemask pada setiap masa.
HARI & WAKTU OPERASI
-
Hari operasi: Rabu, Khamis & Jumaat , Waktu operasi: 08.00 pagi sehingga 06.00 petang.
-
Hari operasi: Sabtu & Ahad , Waktu operasi: 07.00 pagi sehingga 02.00 petang.
PROSEDUR KETIBAAN AHLI / GUEST PEMAIN & PENGUNJUNG
-
Semua pemain dan pengunjung kelab diminta untuk membawa Facemask sendiri dan wajib dipakaipada setiap masa.
-
Semua pengunjung diwajibkan untuk mendaftarkan maklumat diri di depan PROSHOP dan melaluipemeriksaan suhu badan dan mencuci tangan menggunakan ‘Hand Sanitizer’.
-
Setiap pengunjung diwajibkan memberi maklumat diri seperti name penuh, nombor telefon dan lainlain.Pengunjung yang mempunyai simptom Covid-19 (Deman, Batuk & Selsema) adalah tidak dibenarkan berada di dalam premis kelab dan diarahkan pulang dengan serta- merta.
-
“Hand Sanitizer” akan disediakan di lokasi tertentu
PENDAFTARAN PEMAIN
-
Pemain diwajibkan membuat tempahan awal dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh tee off dengamelalui talian telefon (06-552 0 555) atau aplikasi WhatsApp – En. Jimmy (019- 600 3498) Cik Ida (019- 600 3595) & En. Lukman (019- 600 3460).
-
Hari Rabu, Khamis, Jumaat:
Waktu pendaftaran terakhir untuk 9 lubang adalah pukul 03.00 petang. Waktu pendaftaran terakhir untuk 18 lubang adalah pukul 01.00 petang. “Jumbo flight” hanya pada sesi pagi sahaja dan waktu pendaftaran terakhir adalah pukul 08.00 pagi – 11.00 pagi sahaja. Pemain dikehendaki menghentikan permainan golf dan keluar dari padang golf selepas jam 06.00 petang, -
Hari Sabtu & Ahad :
Waktu pendaftaran terakhir untuk 9 lubang adalah pukul 11.00 pagi. Waktu pendaftaran terakhir untuk 18 lubang adalah pukul 09.00 pagi. Pemain dikehendaki menghentikan permainan golf dan keluar dari padang golf selepas jam 02.00 petang, Hanya satu (1) pemain yang dibenarkan mendaftar mengikut giliran dengan berdiri pada tanda bergaris.
PROSHOP
-
Hanya tiga (3) pemain dibenarkan memasuki Proshop untuk membeli barang pada setiap masa.
BILIK PERSALINAN & SURAU & BILIK VIP
-
Bilik Persalinan, Surau serta bilik VIP adalah tidak dibuka sama sekali untuk memastikan keselamatan pemain dan pengunjung terjamin.
CANDY CORNER - MAKAN / BUNGKUS
-
Meja dan kaunter akan sentiasa disanitasi.
-
Hanya satu (1) pelanggan bagi setiap meja di kawasan Candy corner.
-
Pemain perlu pesanan menu semasa membuat pendaftaran
PADANG GOLF
-
Setiap flight hanya dibenarkan berada di Tee Box setelah tiba giliran mereka yang akan ditentukan oleh starter.
-
Masa menunggu adalah selama 10 minit diberikan setelah flight di hadapan telah memulakan Tee off.
-
Pemain diwajibkan membawa golf club & kasut sendiri.
-
Satu (1) pemain bagi setiap buggy. Buggy hendaklah dikembalikan ke stesen buggy untuk “sanitise” dan tidak boleh meninggalkan buggy di merata tempat.
-
Setiap pemain adalah tidak dibenarkan untuk menyentuh “bunker rakes” dan mencabut pin walau dalam apa keadaan sekalipun.
-
Pemain adalah dinasihatkan untuk menjaga Penjarakkan Sosial di antara pemain sepanjang permainan berlangsung.
PERATURAN TAMBAHAN
-
Semua pemain dan pengunjung kelab adalah digalakkan tiba di kelab 15 minit lebih awal bagimengelakk ketika melakukan pendaftaran golf.
-
Minima pemain golf yang dibenarkan bagi setiap flight adalah two (2) orang.
-
Semua penggunaan “Complimentary Voucher” dalam tempoh PKP adalah dibenarkan.
-
Ketidakpatuhan peraturan boleh menyebabkan pemain tidak dibenarkan meneruskan permainan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.
Pengurusan A’Famosa Golf Resort
25 Ogos 2021